Cari:
Program Bantuan Sukan China ke Myanmar Selesai
2017-07-27 16:06:57 CRI Cetak

Program bantuan sukan China kepada Myanmar bagi tahun ini ditutup dengan jayanya di pangkalan latihan Kunming, provinsi Yunnan China semalam.

264 atlet negara dari Myanmar mengikuti latihan selama 90 hari di China untuk membantu meningkatkan prestasi mereka dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29. China juga menghantar sembilan jurulatih ke Myanmar untuk mengendalikan latihan selama 20 hari di sana, selain menyediakan kemudahan latihan untuk 13 acara sukan kepada negara itu.

Konsul Jeneral Myanmar ke Kunming, U Soe Paing merakamkan penghargaan atas bantuan China dan berharap atlet Myanmar dapat mengharumkan nama negara dalam SEA. Beliau berharap program seumpama ini dapat terus diadakan pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China