Cari:
120 Guru Mandarin Dihantar ke ASEAN
2017-07-28 14:16:29 CRI Cetak

120 guru bahasa Mandarin dari Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China selesai mengikuti kursus di bandar Nanning semalam dan bakal dihantar ke Kemboja, Thailand, Laos, Indonesia dan Filipina bagi membantu pembangunan bahasa tersebut.

Ketua Pengarah Bahagian Kebudayaan, Pejabat Hal Ehwal Perantau China, Dewan Negara, Lei Zhengang menyatakan bahawa bahasa Mandarin merupakan jambatan yang menghubungkan masyarakat Cina di seberang laut dengan asal usul mereka.

Seiring dengan pembangunan China, suasana pendidikan bahasa Mandarin di seberang laut juga bertambah baik, dengan lebih banyak sekolah Cina ditubuhkan. Bagaimanapun, masih wujud cabaran dari segi tenaga pengajar yang tidak mencukupi dan taraf pendidikan mereka yang tidak standard.

Beberapa tahun kebelakangan ini, China meningkatkan penempatan guru Mandarin di negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), terutamanya ASEAN.

Tahun ini, 1,100 guru akan dihantar ke lebih 260 sekolah Cina di seluruh dunia. Selain menyebarkan ilmu pengetahuan, mereka juga menyemai benih persahabatan di negara-negara berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China