Cari:
Laos Minta Projek Kereta Api Menurut Jadual
2017-07-28 11:20:04 CRI Cetak

Kerajaan Laos meminta badan-badan yang terlibat mengambil tindakan bagi memastikan pembinaan landasan kereta api China-Laos dan fasa kedua landasan kereta api Laos-Thailand dijalankan menurut jadual.

Menurut rancangan, landasan kereta api China-Laos yang mula dibina pada Disember 2016, akan selesai dibina menjelang 31 Disember 2021 dan beroperasi awal tahun berikutnya.

Landasan itu menghubungkan Mohan dan Boten di sempadan China dan Laos, dengan Vientiane yang sejauh 400 kilometer. Terdapat 32 stesen di sepanjang laluan, dengan kelajuan maksimum kereta api 160 kilometer per jam.

Projek tersebut menelan pelaburan sebanyak RMB40 bilion (RM25 bilion), yang sebahagian besarnya dibiayai China dengan menggunakan teknologi dan kelengkapan negara ini.

Fasa kedua landasan kereta api Laos-Thailand pula akan dimulakan selewat-lewatnya awal tahun depan dan dijangka mengambil masa selama dua tahun untuk siap.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China