Cari:
Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN ke-10
2017-07-29 15:49:16 CRI Cetak

Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN ke-10 dirasmikan di bandar Guiyang, China pada 28 Julai lalu.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN. Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong dalam ucapannya pada majlis perasmian berkata, ASEAN sentiasa menjadi prioriti utama dalam dasar luar China. Hubungan kedua-dua pihak bertambah matang dan semakin signifikan bagi serantau, malah dunia.

Tambah beliau, aktiviti tersebut menyediakan wadah penting untuk kerjasama pendidikan dan pertukaran sosiobudaya antara China dengan negara-negara ASEAN.

Kedua-dua pihak disarankan mengintensifkan penyelarasan strategi pendidikan dengan memanfaatkan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), di samping memperkasakan kerjasama dalam usaha memupuk modal insan, kumpulan pemikir dan penyelidikan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China