Cari:
China, ASEAN, Tubuh Konsortium Kerjasama Pendidikan Vokasional
2017-07-31 15:58:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Majlis perasmian bagi Konsortium Kerjasama Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) China-ASEAN telah diadakan pada 29 Julai lalu sempena Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN ke-10 di Guizhou.

Liu Limin, Presiden Persatuan Pertukaran Pendidikan Antarabangsa China (CEAIE) berkata, China dan negara-negara ASEAN sentiasa mengekalkan hubungan kejiranan baik, kini masing-masing berada dalam tempoh pembangunan yang kritikal.

Penubuhan konsortium kerjasama TVET itu yang merupakan hasil penerokaan dan pelaksanaan selama dua tahun, diyakini mampu mendatangkan banyak peluang untuk menggalakkan kerjasama pendidikan vokasional antara China dan negara-negara ASEAN.

Gatot Hari Priowirjanto, Setiausaha Agung Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) berkata, beliau berharap konsortium tersebut dapat menjadi mekanisme kerjasama jangka panjang untuk merancakkan pertukaran kalangan pelajar dan program latihan dalam talian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China