Cari:
Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN
2017-07-31 14:47:16 CRI Cetak

Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN dirasmikan di Guiyang pada 28 Julai lalu. Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong telah menyampaikan ucap tama dalam majlis perasmian itu.

Menurut Liu Yandong, sejak mula diadakan sedekad lalu, aktiviti minggu pertukaran ini telah menjadi platform bertaraf tinggi bagi kerjasama pendidikan dan pertukaran sosiobudaya serta jambatan untuk kedua-dua pihak saling membelajari dan mewujudkan situasi menang-menang.

Kedua-dua pihak diharap menggalakkan penyelarasan strategi berdasarkan pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R), memperkukuh platform pertukaran pendidikan China-ASEAN, meningkatkan latihan modal insan, memperdalam kerjasama kumpulan pemikir dan menjalankan penyelidikan bersama untuk menyumbang kepada usaha membina komuniti berkongsi nasib dalam tempoh sedekad akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China