Cari:
Kedutaan China di Malaysia Sambut Ulang Tahun PLA
2017-08-01 11:29:51 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Malaysia telah mengadakan jamuan sempena sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di Kuala Lumpur, semalam.

Lebih 600 tetamu hadir untuk memeriahkan sambutan, termasuk Duta Besar China, Huang Huikang, Atase Tentera, Zhang Zhongmin, pegawai kanan dari kerajaan dan tentera Malaysia, tokoh-tokoh terkemuka, pegawai diplomatik pelbagai negara di Malaysia, serta usahawan dan pelajar China.

Zhang Zhongmin dalam ucapannya berkata, hasil usaha bersama pemimpin China dan Malaysia, sinergi antara tentera kedua-dua negara bertambah mantap dengan pertukaran lawatan semakin rancak, termasuk mengadakan rundingan tentang isu-isu pertahanan, latihan bersama, lawatan kapal tentera dan sebagainya.

Menurut beliau, China bersedia meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai bidang dan bersama-sama melindungi keamanan dan kestabilan serantau bahkan dunia, demi kemakmuran bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China