Cari:
Institut Tinggi Thailand, China Jalin Kerjasama
2017-08-01 13:47:39 CRI Cetak

Kolej Vokasional Laut Xiamen (XOVC) China dan Universiti Dhurakij Pundit Thailand telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mengadakan kerjasama interaksi kebudayaan, pertukaran ilmiah, penyelidikan perindustrian dan kurikulum di Xiamen semalam.

Konsul Jeneral Thailand di Xiamen, Tajtai Tmangraksat berkata, kedua-dua pihak diharap dapat terus meningkatkan taraf pendidikan dan latihan melalui projek kerjasama antarabangsa ini.

Dekan XOVC, Chen Changping pula berkata, pihaknya akan terus mencari peluang kerjasama dengan lebih banyak institusi pengajian tinggi di negara-negara ASEAN, sambil memajukan aspek pengajaran, penyelidikan, serta latihan sumber manusia dan intelek yang berkaitan dengan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China