Cari:
China, ASEAN Bangunkan Sumber Manusia
2017-08-01 13:48:13 CRI Cetak

Seminar mengenai perkhidmatan pekerjaan di ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan di bawah rangka inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) diadakan di Nanning, Guangxi minggu lepas.

Kemajuan yang dicapai oleh sektor perkhidmatan pekerjaan awam di Kemboja dan Laos melalui program kerjasama Selatan-Selatan yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) China menjadi tumpuan seminar tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Dasar Pekerjaan ILO, Azita Berar Awad berkata, kejayaan program tersebut memperlihatkan pengalaman China dapat dimanfaatkan secara berkesan untuk membantu negara ASEAN.

Ketua Pengarah Agensi Pekerjaan Nasional di bawah Kementerian Buruh dan Latihan Vokasional Kemboja, Dr Hong Choeun menyatakan penghargaan atas bantuan China dari segi sokongan modal dan teknikal serta perkongsian pengalaman. Program kerjasama Selatan-Selatan terbukti adalah platform efektif yang membantu Kemboja meningkatkan taraf perkhidmatan pekerjaannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China