Cari:
Mayat Tujuh Tebusan Abu Sayyaf Ditemui di Filipina
2017-08-01 14:26:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mayat tujuh pembalak yang diculik oleh militan Abu Sayyaf pada 20 Julai telah ditemui di pulau Basilan, Filipina.

Mayat dua mangsa dijumpai pasukan keselamatan di sebuah kampung di kawasan pergunungan pulau tersebut pada 29 Julai lalu, manakala lima lagi ditemui keesokan harinya.

Pada 23 Mei lalu, pertempuran bersenjata tercetus antara tentera kerajaan Filipina dengan militan Maute dan Abu Sayyaf di bandar Marawi, selatan negara tersebut.

Berikutan itu, Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung di Mindanao dan pulau-pulau di sekitarnya untuk membolehkan tentera kerajaan menumpaskan militan dan memulihkan ketenteraman di kawasan terbabit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China