Cari:
Pameran Warisan Budaya Bukan Kebendaan China di Kemboja
2017-08-01 14:20:34 CRI Cetak

Pameran Warisan Budaya Bukan Kebendaan China telah diadakan di wisma Kementerian Pertahanan Kemboja semalam, dengan tema "pewarisan dan inovasi".

Pihak Kemboja menyifatkan warisan bukan kebendaan China sebagai amat luas dan tidak ternilai pentingnya. Pameran tersebut akan membolehkan rakyat Kemboja lebih mendekati budaya China, kata Sansani, Pengarah Biro Hal Ehwal Awam Kementerian Pertahanan negara itu.

Menurut pihak China pula, pameran kali ini berjaya menonjolkan keindahan teknik dan kemahiran tukang berkenaan, dan diharap dapat menggalakkan pertukaran kebudayaan di samping meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Selain pameran tersebut, persembahan kesenian, pameran karya seni dan fotografi, serta ceramah turut diadakan sempena Minggu Warisan Budaya Bukan Kebendaan China yang dirasmikan pada 25 Julai lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China