Cari:
Vietnam Mahu Persahabatan Lebih Rapat dengan China
2017-08-04 14:34:21 CRI Cetak

Hubungan persahabatan yang lebih rapat antara Vietnam dan China selaras dengan kepentingan utama dan jangka panjang rakyat kedua-dua negara bahkan bermanfaat bagi keamanan, kestabilan dan pembangunan dunia.

Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh dalam sidang perwakilan kebangsaan ke-6 Persatuan Persahabatan Vietnam-China semalam.

Menurut beliau, Vietnam mementingkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan China. Pertukaran antara rakyat telah memperkukuh hubungan kedua-dua negara dan memainkan peranan penting bagi mendorong kesalingpercayaan dan persefahaman antara satu sama lain.

Persatuan Persahabatan Vietnam-China diharap dapat terus meningkatkan pertukaran antara rakyat dan mendorong kerjasama yang lebih rapat dalam pelbagai bidang.

Duta Besar China di Vietnam, Hong Xiaoyong pula berkata, kedua-dua negara akan terus mengintensifkan pertukaran dan kesalingpercayaan dalam bidang politik melalui mekanisme lawatan peringkat tinggi, di samping terus menggalakkan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan penyelarasan pelan strategik "dua koridor satu lingkaran".

Pada waktu yang sama, kedua-dua negara perlu menangani perselisihan melalui rundingan dalam suasana muhibah demi keamanan dan pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China