Cari:
Indonesia Tambah Peruntukan Infrastruktur dan Modal Insan
2017-08-04 11:20:22 CRI Cetak

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani menyatakan bahawa tugas paling penting bagi Indonesia sekarang adalah memajukan infrastruktur dan membangunkan modal insan agar tidak lagi ketinggalan dalam kedua-dua bidang tersebut.

Dalam tempoh antara 2015 hingga 2017, Indonesia telah membina sepanjang 2,571 kilometer jalan raya baharu dan 175 kilometer landasan kereta api, selain 123 ribu unit rumah mampu milik, sepuluh empangan dan sembilan lapangan terbang.

Dalam bidang pembangunan modal insan, kerajaan Indonesia menerusi program kad pintarnya telah menawarkan pendidikan kepada 20 juta pelajar, antaranya 324 ribu di sekolah tinggi, dengan 160 ribu berjaya menyambung pembelajaran di luar negara.

Manakala dalam bidang jaminan sosial, kerajaan dalam belanjawannya telah memberikan subsidi kepada 90 juta penduduk untuk meringankan beban hidup.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China