Cari:
Mahkamah Tertinggi Thailand Tolak Kes Somchai
2017-08-04 13:53:31 CRI Cetak

Mahkamah Tertinggi Thailand menolak kes melibatkan mantan Perdana Menteri, Somchai Srisutthiyakorn yang didakwa menggunakan kekerasan melampau untuk menyuraikan perhimpunan Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) atau Gerakan Baju Kuning pada tahun 2008.

Selain Somchai, dakwaan yang dibangkitkan oleh Suruhanjaya Antirasuah Nasional (NACC) itu turut menuduh mantan Naib Perdana Menteri, mantan Ketua Polis Negara dan mantan Ketua Polis Bangkok salah laku dalam menjalankan tugas.

Mahkamah Tertinggi dalam keputusan kelmarin menolak kes tersebut kerana demonstrasi PAD ketika itu tidak boleh disifatkan sebagai perhimpunan secara damai, malah telah membawa kepada konflik keganasan.

Tindakan yang diambil pihak berkuasa untuk meredakan kekacauan adalah sebahagian tugas mereka dan dilaksanakan berdasarkan undang-undang.

Berhubung mangsa yang maut atau cedera dalam krisis ketika itu, mahkamah mengganggap empat tertuduh tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana bukanlah niat mereka untuk mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China