Cari:
AMM ke-50 Buka Tirai di Manila
2017-08-05 15:52:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-50 membuka tiranya di Manila, Filipina pagi tadi.

Majlis Perasmian AMM ke-50 kali ini diserikan dengan kehadiran menteri-menteri luar dari pelbagai negara anggota ASEAN, Papua New Guinea, Switzerland, Timor Leste dan Turkey.

Menteri Luar Filipina, Alan Peter Cayetano ketika menyampaikan ucapan tahniah dalam majlis itu memperkenalkan sejarah dan matlamat perkembangan ASEAN.

Cayetano dalam sidang pleno AMM selepas majlis perasmian menyatakan bahawa AMM kali ini diadakan tiga hari sebelum majlis sambutan ulang tahun ke-50 tertubuhnya ASEAN, hal ini boleh dikatakan amat signifikan dalam sejarah.

Menteri-menteri luar yang menghadiri AMM tersebut akan bertukar-tukar pendapat berhubung isu-isu antarabangsa dan serantau yang diberi perhatian bersama.

Tegas beliau lagi, ASEAN yang bersikap bertanggungjawab terhadap penduduk-penduduk di rantau ini, akan giat menjana pembangunan Komuniti ASEAN dengan mengambil peluang AMM kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China