Cari:
Hong Kong, ASEAN Bakal Tandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas
2017-08-05 15:39:28 CRI Cetak

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor yang sedang dalam lawatan ke Thailand semalam menyatakan bahawa Hong Kong akan menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan ASEAN menjelang penghujung tahun ini, dan juga akan memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Thailand.

Carrie Lam Cheng Yuet-ngor telah mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, Timbalan Perdana Menteri, Somkid Jatusripitak dan beberapa menteri lagi, serta menghadiri temu mesra dengan usahawan Thailand untuk membincangkan usaha meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak.

Selain itu, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor telah menyaksikan penandatanganan surat berazam antara Biro Pembangunan Perdagangan Hong Kong dengan Biro Penggalakkan Perdagangan Antarabangsa di bawah Kementerian Perdagangan Thailand, yang bertujuan meningkatkan promosi perdagangan, meningkatkan kemampuan perdagangan dan mendidik usahawan muda serta tenaga profesional.

Lawatan Carrie Lam Cheng Yuet-ngor ke Singapura dan Thailand pada 2 hingga 5 Ogos merupakan lawatan julang kalinya sejak menyandang jawatan Ketua Eksekutif Hong Kong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China