Cari:
Malaysia Jamin Kelancaran SEA
2017-08-06 15:31:56 CRI Cetak

Pihak polis Malaysia semalam memaklumkan bahawa lebih 10 ribu anggota polis akan ditempatkan untuk menjamin Sukan Asia Tenggara (SEA) berjalan lancar.

Sukan SEA ke-29 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 19 hingga 30 Ogos ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika menghadiri siri latihan bagi menangani ancaman keganasan menjelang temasya itu, menyatakan bahawa kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam menjamin kelancaran penganjuran SEA ke-29 berada pada tahap yang sangat tinggi.

Selain di venue, kawalan keselamatan di tempat lain termasuk di sempadan negara turut dipertingkat bagi memastikan penganjuran temasya SEA berjalan dengan lancar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China