Cari:
ASEAN Seru Dialog Isu Semenanjung Korea
2017-08-06 15:10:00 CRI Cetak

Menteri-menteri luar ASEAN dalam satu kenyataan di Manila, melahirkan kebimbangan terhadap situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Korea, sambil menggesa pihak-pihak terlibat terus bertenang bagi mencipta syarat untuk berdialog.

ASEAN turut menyatakan kesediaan untuk memainkan peranan yang bersifat membina dalam isu tersebut.

Kenyataan bersama tentang isu Semenanjung Korea tersebut dikeluarkan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-50 selesai semalam.

Kenyataan itu menyebut bahawa ujian peluru berpandu balistik antara benua dan ujian nuklear yang dilalukan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) telah mengancam keamanan dan keselamatan serantau bahkan dunia. DPRK perlu melaksanakan pelbagai kewajiban yang ditetapkan dalam resolusi UNSC.

DPRK sebagai peserta Forum Serantau ASEAN (ARF) turut digesa memberikan sumbangan kepada kedamaian, kestabilan, persahabatan dan kemakmuran rantau ini.

Sementara itu, negara dan pertubuhan di dalam dan luar rantau ini diharap berusaha menangani ancaman keselamatan dan mengelakkan situasi terus memburuk bagi menyediakan suasana kondusif untuk pembangunan mampan, kemajuan sosial dan peningkatan kesejahteraan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China