Cari:
Pertumbuhan Ekonomi China Manfaat bagi ASEAN
2017-08-07 11:23:26 CRI Cetak

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, para menteri luar dari negara-negara ASEAN menyatakan bahawa peranan China di ASEAN kian penting dan pertumbuhan ekonomi China akan membawa manfaat kepada rantau berkenaan.

Kenyataan bersama tersebut yang dikeluarkan susulan Mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Manila, Filipina pada 5 Ogos lalu, turut menyampaikan hasrat ASEAN untuk merancakkan dialog dan interaksi dengan China serta meningkatkan kesalinghubungan dalam bidang ekonomi.

ASEAN ingin melihat skala perdagangan dan pelaburan dengan China masing-masing mencatat USD1 trilion (RM4.3 trilion) dan USD150 bilion (RM642 bilion) menjelang tahun 2020, serta penaiktarafan perjanjian perdagangan bebas (FTA) China-ASEAN.

Tahun depan merupakan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan perkongsian strategik China-ASEAN, yang juga akan ditetapkan sebagai Tahun Inovasi China-ASEAN. Kedua-dua pihak akan bersama-sama merangka "wawasan perkongsian strategik China-ASEAN 2030" dan melakar cetak biru hubungan kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China