Cari:
Hospital Persahabatan China-Myanmar Dirasmikan
2017-08-07 13:02:12 CRI Cetak

Upacara perasmian Hospital Persahabatan China-Myanmar diadakan di Yangon, Myanmar pada 5 Ogos lalu.

Pengerusi Jabatan Perhubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Song Tao, dalam upacara perasmian menyatakan, China bersedia menggalakkan lebih banyak pertubuhan sosial dari China memberi sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi Myanmar dan persahabatan kedua-dua negara. Hospital Persahabatan China-Myanmar ini adalah bukti keakraban persahabatan kedua-dua negara.

Gabenor provinsi Yangon, Phyo Min Thein menyatakan, Myanmar dan China telah mengadakan kerjasama dalam segenap aspek termasuk pendidikan, kesihatan dan sosial. Sebagai salah satu komponen utama pembaharuan yang disarankan oleh Penasihat Negara, Aung San Suu Kyi, pembaharuan kesihatan dianggap penting. Phyo Min Thein berharap proses pembaharuan itu dapat dipercepat dengan sokongan dan bantuan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China