Cari:
Wang Yi Temui Retno Marsudi
2017-08-07 14:38:11 CRI Cetak

Hubungan antara China dengan Indonesia bertambah kukuh dengan momentum yang baik, kata Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi sempena Mesyuarat Menteri Luar Kerjasama Asia Timur di Manila, Filipina semalam.

Menurut Wang Yi, pertukaran lawatan peringkat tinggi antara China dengan Indonesia kian erat kebelakangan ini. China bersedia menyelaraskan inisiatif "Jalur dan Laluan"(B&R) dengan konsep pembangunan Indonesia sebagai "paksi kegiatan maritim dunia".

China juga bersedia mempergiat kerjasama dengan Indonesia dalam usaha membanteras keganasan, serta meningkatkan koordinasi dalam hal-ehwal serantau dan dunia, demi keamanan dan kestabilan serantau.

Retno Marsudi yang menyahut saranan Wang Yi itu turut menyatakan harapan agar kedua-dua pihak dapat berusaha bersama-sama untuk membanteras jenayah transnasional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China