Cari:
Forum Usahawan Muda China-Singapura 2017
2017-08-07 14:40:57 CRI Cetak

Forum Usahawan Muda China-Singapura anjuran bersama Universiti Pentadbiran Singapura (SMU) dan Yayasan Pendidikan Tao Shing Pee, serta majlis penyampaian sijil bagi Kursus Keusahawanan Desa Boli & SMU, diadakan di kampus SMU baru-baru ini.

Konsul Pendidikan China ke Singapura, Yu Yunfeng menghadiri aktiviti itu.

Seramai 58 pelajar China menyertai kursus keusahawanan itu, yang dipilih daripada 4,600 penerima biasiswa Yayasan Pendidikan Tao Shing Pee.

Dalam tempoh selama satu bulan, selain mengikuti kursus di SMU, mereka turut mengunjungi beberapa syarikat permulaan di Singapura untuk mendapatkan pendedahan kepada industri berkenaan.

Wakil pelajar Singapura telah berkongsi pengalaman membina perusahaan di Singapura, dan memberilan penjelasan lanjut tentang iklim dan dasar Singapura dalam hal tersebut. Selain itu, pelajar kedua-dua negara telah bertukar-tukar pengalaman di samping bertanding dalam peraduan rancangan perniagaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China