Cari:
Indonesia Arah Tembak Jika Bakar Hutan
2017-08-08 14:25:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pihak tentera dari Sumatera Selatan dan Jambi, Indonesia baru-baru ini mengeluarkan arahan bahawa mana-mana individu yang didapati sengaja membakar hutan akan ditembak.

Arahan tersebut dilihat sebagai komitmen pihak berkuasa untuk mengawal dan mencegah kebakaran hutan.

Agensi Pencegahan Bencana Kebangsaan (BNPB) telah mengumumkan perintah da­­­rurat di Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat dan Kalimantan Selatan, berikutan kebakaran hutan dan jerebu teruk di kelima-lima wilayah tersebut.

Sejak musim kemarau bermula, kebakaran telah dilaporkan di hampir 300 tempat di seluruh Indonesia.

Dalam pada itu, berpuluh-puluh warga Indonesia termasuk kanak-kanak kecil terpaksa dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru kesan daripada asap dan jerebu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China