Cari:
Wang Yi Ulas Kenyataan Bersama AMM
2017-08-08 11:24:06 CRI Cetak

Kenyataan bersama Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) merupakan sebuah dokumen komprehensif yang merumuskan pencapaian penting hubungan China-ASEAN, yang turut memperlihatkan keyakinan pelbagai pihak terhadap prospek hubungan tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media di Manila selepas menghadiri siri mesyuarat menteri luar Asia Timur semalam.

Tujuh cadangan China bagi menggalakkan perkembangan hubungan China-ASEAN, yang mendapat sambutan dan sokongan negara-negara ASEAN, juga antara kandungan dokumen itu.

Ketika mengulas tentang kandungan berkaitan isu Laut China Selatan yang menjadi tumpuan media, Wang Yi menjelaskan bahawa kandungan itu ada disebut setiap tahun, namun pada tahun ini kurang berbanding dahulu.

Malah, semua anggota ASEAN telah memuji-muji hasil kerjasama dengan China dan situasi Laut China Selatan yang semakin baik. ASEAN juga berpuas hati dengan rangka Kod Tatalaku di Laut China Selatan(CoC), dan komited untuk terus menggalakkan rundingan mengenai CoC itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China