Cari:
Pihak Luar Diminta Jangan Campur Tangan Rundingan CoC
2017-08-08 13:40:22 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang dalam rangka lawatan ke Manila untuk menghadiri Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur ke-7 telah membentangkan prinsip dan pendirian China mengenai isu Laut China Selatan.

Wang Yi menyatakan bahawa situasi di Laut China Selatan pada tahun ini semakin baik berbanding tahun lalu dan hal ini mendapat sambutan positif negara-negara ASEAN dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-China pada 6 Julai lalu. Selain itu, para peserta persidangan itu juga sebulat suara meluluskan rangka Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC).

Wang Yi menyatakan bahawa China sentiasa bersikap bertanggungjawab dalam menangani isu Laut China Selatan, dan komited untuk menyelesaikan perselisihan melalui rundingan dengan negara yang langsung terlibat berdasarkan fakta sejarah, Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.

Sekarang, perselisihan berkaitan perairan berkenaan telah kembali ke saluran penyelesaian menerusi dialog dan rundingan. China dan Filipina telah memulihkan mekanisme rundingan dua hala mengenai isu Laut China Selatan, dan rundingan pertama telah pun membuahkan hasil ketara di samping meningkatkan kesalingpercayaan. Rundingan kedua pula akan diadakan menjelang penghujung tahun ini.

Selain itu, rangka CoC telah memperkukuh asas bagi rundingan seterusnya. China berharap negara-negara dari luar rantau ini dapat memandang perubahan situasi di Laut China Selatan dengan objektif, dan menghormati jerih payah yang dicurahkan oleh China dan negara-negara ASEAN dalam hal itu.

Wang Yi menegaskan China dan negara-negara ASEAN mempunyai kemampuan dan kebijaksanaan untuk mencapai CoC yang dapat mengawal perselisihan dan memelihara kedamaian serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China