Cari:
China Sokong Perjuangan Antikeganasan Filipina
2017-08-08 11:30:47 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi yang menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur ke-7 di Manila, Filipina semalam, menyeru negara-negara yang turut hadir agar bersama-sama menyokong perjuangan rakyat Filipina memerangi keganasan di bawah pimpinan Presiden Rodrigo Duterte.

Kata Wang Yi, tentera kerajaan Filipina sedang berjuang bermati-matian untuk membebaskan bandar Marawi daripada cengkaman pengganas. Sokongan luar amat diperlukan untuk membolehkan pertempuran berakhir secepat mungkin.

China telah menghulurkan banyak bantuan kecemasan atas permintaan Manila. China bersedia membantu usaha pembangunan semula di Marawi setelah situasi pulih tenteram.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China