Cari:
KDNK Indonesia Meningkat 5%
2017-08-08 16:00:47 CRI Cetak

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia pada suku kedua tahun ini meningkat 5.01% berbanding tempoh sama tahun lalu, demikian data statistik oleh Biro Statistik Pusat (BPS) negara itu semalam.

Jika dibandingkan dengan KDNK pada suku pertama tahun ini yang menguncup 0.34% berbanding suku tahun sebelumnya, kadar itu naik 4% pada suku kedua.

Namun, prestasi tersebut tetap lebih rendah daripada jangkaan pasaran.

Ketua Pengarah BPS, Kecuk Suhariyanto berkata, kebimbangan terhadap prospek ekonomi Indonesia, nisbah simpanan kelas menengah yang semakin meningkat serta perbelanjaan kerajaan yang semakin berhemat, antara faktor yang memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi.

Kerajaan Indonesia mengunjurkan pertumbuhan KDNK pada sepanjang tahun ini mencatat 5.1%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China