Cari:
Penerbangan Terus Makau-Jakarta Dibuka
2017-08-08 16:01:33 CRI Cetak

Penerbangan Air Asia QZ650 yang membawa 162 penumpang tiba di lapangan terbang Makau China pagi semalam, sekali gus menandakan laluan penerbangan terus antara Makau dengan Jakarta mula beroperasi.

Laluan penerbangan selama lima jam itu menawarkan perkhidmatan tiga kali seminggu iaitu setiap Isnin, Jumaat dan Ahad pada bulan Ogos ini, dan empat kali seminggu bermula September nanti.

Jenis pesawat yang digunakan adalah Airbus model A320-200 dengan kapasiti 180 penumpang.

Menurut Konsul Jeneral Indonesia ke Hong Kong dan Makau, Tri Tharyat, pembukaan laluan penerbangan terus Makau-Jakarta akan menggalakkan ekonomi, khususnya perdagangan dan pelancongan kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China