Cari:
Keamanan, Kestabilan Laut China Selatan Paling Penting
2017-08-09 10:54:56 CRI Cetak

Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano menyatakan keamanan dan kestabilan Laut China Selatan adalah paling penting. Filipina tidak ingin melihat pertikaian membabitkan perairan berkenaan tercetus lagi.

Cayetano ketika mengulas kenyataan Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Australia berkaitan isu Laut China Selatan baru-baru ini berkata, Filipina sebagai sebuah negara berdaulat tidak perlu diarah-arahkan oleh negara lain.

Selaku pengerusi bergilir ASEAN tahun ini, Filipina telah menghoskan siri mesyuarat sejak 2 Ogos lalu. Cayetano berkata, meskipun wujud perselisihan dalam isu kedaulatan Laut China Selatan, namun isu itu tidak dibiarkan hingga menjejaskan hubungan baik antara pelbagai negara terlibat.

Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN yang diumumkan pada 6 Ogos lalu menyebut bahawa pertumbuhan ekonomi China membawa manfaat kepada ASEAN dan peranan China di rantau itu kian penting.

Tambah Cayetano, pertikaian Laut China Selatan tidak patut menjadi faktor yang menjejaskan peranan positif China di rantau berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China