Cari:
Trump Beri Amaran kepada Pyong Yang
2017-08-09 11:22:07 CRI Cetak

Agensi risikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) telah berjaya membangunkan kepala peledak nuklear bersaiz kecil yang boleh dipasang pada peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Presiden Donald Trump memberi respons bahawa Washington akan mengambil tindakan paling keras sekiranya DPRK terus memberi ancaman terhadap negaranya.

Menurut laporan Washington Post semalam, laporan penilaian oleh agensi risikan negara itu menyebut, DPRK telah berjaya membangunkan kepala peledak nuklear, namun pihaknya tidak pasti kepala peledak itu telah diuji atau tidak.

Menurut satu laporan penilaian lain bahawa DPRK dijangka memiliki 60 senjata nuklear pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China