Cari:
China, ASEAN Utamakan Pertukaran Sosiobudaya
2017-08-09 11:11:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Persidangan Persahabatan Rakyat China-ASEAN ke-11 menutup tirainya di Siem Reap pada 8 Ogos lalu, dengan pengumuman sebuah deklarasi berkaitan perkembangan hubungan kedua-dua pihak.

Menurut Deklarasi Siem Reap itu, perbincangan wakil-wakil dari China dan ASEAN dalam usaha merapatkan ikatan persahabatan di kalangan rakyat dan merintis pembangunan secara damai adalah amat berhasil.

Pihak-pihak berkenaan bersedia untuk terus mengintensifkan komunikasi strategik, mempergiat kerjasama pragmatik, dan membangunkan wadah pertukaran dan kerjasama sosiobudaya sebagai tunggak ketiga bagi memperkukuh hubungan China-ASEAN, sekali gus menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

Para anggota ASEAN terlibat turut menyokong menyelaraskan pelan pembangunan negara masing-masing dengan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Persidangan Persahabatan Rakyat China-ASEAN ke-12 dijadualkan di Indonesia pada 2019.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China