Cari:
Persatuan Industri Pangkalan Maklumat China-ASEAN Ditubuhkan
2017-08-09 15:15:39 CRI Cetak

Majlis penubuhan Persatuan Industri Pangkalan Maklumat China-ASEAN diadakan di Nanning, Guangxi China semalam. Persatuan itu terdiri daripada 300 organisasi termasuk syarikat internet, teknologi maklumat (IT), logistik, institusi pengajian tinggi (IPT) dan institut penyelidikan.

Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Zhang Xiaoqin berkata Pangkalan Maklumat China-ASEAN merupakan satu projek penting dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). Ia akan membina lima wadah yang masing-masing melibatkan pembangunan prasarana, kerjasama teknologi, perkhidmatan ekonomi dan perdagangan, perkongsian maklumat, dan interaksi sosiobudaya, dan bakal menjadikan Guangxi hab pertukaran maklumat bagi China dan ASEAN.

Syarikat Industri Pangkalan Maklumat China-ASEAN merupakan salah satu pencadang projek tersebut, dan juga pihak yang mengendalikan operasi Pangkalan Maklumat China-ASEAN. Ketua Pengarah Eksekutifnya, Lu Dongliang berkata, pihaknya telahpun memulakan kerjasama dengan syarikat-syarikat dari Malaysia, Vietnam, Indonesia, Thailand, Kemboja dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China