Cari:
Sambutan Ulang Tahun ke-50 ASEAN
2017-08-09 15:15:15 CRI Cetak

Majlis sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN diadakan semalam di Manila, Filipina, negara pengerusi bergilir ASEAN bagi tahun ini.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan wakil-wakil dari anggota ASEAN dan negara-negara lain telah menghadiri majlis itu.

Duterte dalam ucapannya menyatakan bahawa pencapaian ASEAN sepanjang 50 tahun lalu membuktikan perpaduan mampu menjadikan sebarang impian suatu kenyataan, dan ASEAN boleh menanti-nantikan masa depan yang lebih cerah.

Dalam deklarasi bersama yang dikeluarkan semalam, pemimpin-pemimpin ASEAN menyatakan keyakinan atas kemampuan pertubuhan serantau ini mengharungi cabaran akan datang dengan semangat kekitaan sebuah komuniti.

Dalam deklarasi itu juga, para pemimpin ASEAN mengimbas kembali Deklarasi Bangkok 1967 dan Visi ASEAN 2025, sambil menegaskan semula komitmen untuk mempertahankan keamanan, keselamatan dan kestabilan. ASEAN akan terus mencipta peluang baharu bagi rakyatnya dan berusaha mengecilkan jurang pembangunan antara negara-negara anggota.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China