Cari:
Seribu Pembantu Rumah Kemboja Bakal Bekerja di Hong Kong
2017-08-10 11:15:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kumpulan pertama pembantu rumah dari Kemboja yang terdiri daripada seribu orang akan bekerja di Hong Kong, China.

Demikian diumumkan oleh Kementerian Pekerja dan Latihan Vokasional Kemboja sempena seminar tentang pengambilan pekerja, latihan vokasional, pengurusan dan penghantaran yang diadakan di Phnom Phen pada 9 Ogos lalu.

Menteri Pekerja dan Latihan Vokasional Kemboja, Ith Sam Heng berkata, mulai 1 Mac lalu, Jabatan Imigrasi Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, China telah melonggarkan prosedur visa kepada warga kemboja.

Hong Kong menjadi pasaran baharu pengambilan pembantu rumah Kemboja selepas Thailand, Korea Selatan, Malaysia, Jepun dan Singapura.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China