Cari:
Majlis Pecah Tanah ECRL di Kuantan
2017-08-10 13:21:03 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China, Wang Yong dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyaksikan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diadakan di Kuantan, Malaysia semalam.

Wang Yong ketika bertemu dengan Najib berkata, persahabatan antara China dan Malaysia bersejarah lama, dan hubungan perkongsian strategik mengekalkan momentum baik. Kedua-dua negara perlu mengambil peluang daripada inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, serta mengintensifkan kerjasama pragmatik demi mewujudkan situasi menang-menang dan pembangunan bersama.

ECRL antara projek utama kerjasama kedua-dua negara dalam rangka B&R. Projek itu akan membantu menggalakkan keseimbangan pembangunan dan transfomasi ekonomi Malaysia.

Najib dalam ucapannya menyatakan bahawa pelaksanaan lancar projek ECRL adalah hasil rundingan dan kerjasama rapat antara kerajaan China dan Malaysia. ECRL bakal menjadi satu lagi projek pengangkutan awam berkelas dunia, yang membawa manfaat kepada lebih 4.4 juta rakyat.

ECRL yang menelan belanja kira-kira RM55 bilion sejauh 688 kilometer itu bakal siap dalam tempoh tujuh tahun. Kerja pembinaan akan dijalankan oleh syarikat Kumpulan Pembinaan Komunikasi China.

Kelajuan maksimum tren pembawa penumpang dijangka mencatat 160 kilometer sejam, manakala kargo 80 kilometer sejam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China