Cari:
Rombongan Media Asing Lawat Tianjin
2017-08-10 14:22:54 CRI Cetak

Program lawatan media dari negara-negara terlibat dalam Laluan Sutera Maritim ke bandar Tianjin yang dianjurkan bersama Radio Antarabangsa China (CRI), Persatuan Diplomasi Awam China dan Jabatan Penerangan Tianjin bermula pagi semalam.

Program itu disertai anggota media dari 20 buah negara termasuk Filipina, Myanmar, Laos dan India.

Dalam tempoh lawatan selama tiga hari, rombongan akan dibawa mengunjungi kawasan perdagangan pusat (CBD), Zon Perdagangan Bebas Tianjin, kawasan pelancongan Wudadao dan muzium sukan Tianjian, selain bertemu dengan wakil dari syarikat-syarikat Tianjin yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

外名

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China