Cari:
Indonesia, Rusia Tingkatkan Kerjasama Antikeganasan
2017-08-10 11:29:29 CRI Cetak

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi ditemui Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov yang sedang melawat Indonesia di Jakarta semalam. Kedua-dua pihak komited akan mempergiat kerjasama dalam usaha memerangi keganasan dan keselamatan siber.

Retno Marsudi dalam sidang media selepas pertemuan itu memberitahu media bahawa hubungan politik Indonesia dan Rusia amat rapat dan kedua-dua negara bersedia untuk mengintensifkan lagi hubungan itu.

Lavrov pula berkata ancaman Negara Islam (IS) di seluruh dunia masih belum dihapuskan. Rusia dan Indonesia akan meningkatkan koordinasi dalam rangka bilateral dan multilateral untuk membanteras keganasan.

Selain itu, kerjasama perdagangan dan pelaburan juga turut dibincangkan dalam pertemuan menteri luar itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China