Cari:
Peta Garisan E-dagang Indonesia Bakal Dikeluarkan
2017-08-11 14:30:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah menandatangani dokumen Peta Garisan Pembangunan E-dagang yang dianggap sebagai panduan memacu ekonomi digital negara itu.

Peta garisan tersebut melibatkan beberapa sektor berkaitan dengan e-dagang, termasuk logstik, keselamatan urus niaga, kutipan cukai, penerokaan modal insan serta perlindungan pengguna.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat Indonesia, Rudiantara selepas mesyuarat kabinet tentang koordinasi e-dagang baru-baru ini.

Rudiantara turut berkata, pihaknya akan bersama-sama Kementeian Kewangan, Jabatan Statistik Pusat, dan Bank Indonesia, membina satu sistem yang merekodkan maklumat e-niaga dalam pasaran e-dagang.

Peta garisan tersebut akan diperkenalkan secara rasmi pada penghujung tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China