Cari:
Pihak-Pihak Terlibat Digesa Pacu Proses Rundingan RCEP
2017-08-11 14:37:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pelbagai pihak digesa menggalakkan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) supaya ia dapat ditandatangani dengan secepat mungkin demi mewujudkan pembangunan inklusif, selain menentang sebarang pelindungan dagangan.

Demikian seruan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis penutup Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-50 yang diadakan di Manila baru-baru ini.

Duterte dalam ucapannya berkata, ASEAN telah membangun sebagai satu pertubuhan yang "lebih kuat, dinamik dan berpengaruh" dalam tempoh pembangunan selama 50 tahun.

Tegas beliau lagi, pihak-pihak terlibat harus menyokong rundingan RCEP yang mendukung pertumbuhan inklusif dan mengambil kira keadaan sebenar pelbagai negara berkenaan, agar memastikan perjanjian RCEP dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China