Cari:
Maritim Malaysia Rampas Penyu, Ikan Yu
2017-08-11 16:14:16 CRI Cetak

Nelayan asing yang mengaut sumber laut Malaysia dikesan turut menyasarkan penyu dan ikan yu di perairan negeri Terenggaru sebagai hasil tangkapan mereka ekoran nilai pasaran yang cukup tinggi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menahan dua buah bot dengan 14 nelayan Vietnam dalam operasi kelmarin menemukan seekor penyu dan 40 kilogram anak ikan yu, dipercayai hasil tangkapan awal.

Pegarah Maritim Daerah Negeri Terengganu (DM9), Kapten Maritim Rahim Ramli berkata, dalam operasi di perairan Pulau Redang, buat kali pertama, pihaknya merampas penyu jenis Agar dalam salah sebuah bot.

"Kita tidak menolak kemungkinan ia sengaja ditangkap ekoran nilai pasaran tinggi di negara seperti China, Vietnam dan Thailand, sebagai makanan esktoik dan perubatan tradisional," ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, penyu yang telah mati ditemukan dalam petak simpanan ikan apabila pihaknya menahan sebuah bot dengan nombor pendaftaran tempatan bersma sembilan awak-awak warga Vietnam.

Sementara dalam bot pertama yang ditahan bersama lima nelayan, pihaknya menemukan 5,000 liter minyak diesel selain 40 kilogram ikan yu.

Katanya, semua nelayan yang berusia antara 16 hingga 48 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri berumur dalam lingkungan 16 hingga 48 tahun.

"Bot bersama peralatan yang dianggarkan bernilai RM1 juta akan dilucutkan hak oleh kerajaan,"ujarnya.

sumber: UTUSAN ONLINE

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China