Cari:
Produk IAT Malaysia Paling Laris di Global Halal Hub
2017-08-11 16:18:39 CRI Cetak

Produk industri asas tani dari Malaysia menjadi barangan yang paling mendapat sambutan di pasar raya produk halal, Global Halal Hub di Singapura.

Ketua Pegawai Operasinya, Malek Mattar berkata, produk IAT Malaysia juga adalah yang paling banyak dipasarkan di pasar raya itu meliputi lebih 60 peratus daripada keseluruhan produk yang dijual di Global Halal Hub.

"Produk Malaysia mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk di Singapura terutamanya yang beragama Islam kerana diyakini halal.

"Produk yang paling laris ialah makanan sejuk beku dan kita harap lebih banyak lagi produk IAT dari Malaysia akan masuk ke pasar raya ini terutamnya makanan tradisional seperti ketupat palas dan sebagainya.

"Apa yang penting, produk itu kena ada sijil halal yang diiktiraf seperti daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. 

sumber: UTUSAN ONLINE

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China