Cari:
Kemboja: Rangka CoC Langkah Penting Tingkatkan Hubungan China-ASEAN
2017-08-11 11:36:29 CRI Cetak

Pencapaian rangka Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) menandakan satu langkah yang proaktif dan penting dalam perkembangan hubungan China-ASEAN.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn dalam sidang akhbar di Phnom Penh Rabu lalu.

Menurutnya, rangka itu antara langkah penting untuk memuktamadkan CoC. Kesalingpercayaan yang ditunjukkan negara-negara terlibat dalam rundingan membantu menggalakkan China dan negara-negara ASEAN berusaha bersama-sama demi memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.

China dan negara anggota ASEAN mencapai Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) pada taun 2002. Manakala, rangka CoC dibahas dan diluluskan pada bulan Mei lalu. Mesyuarat Menteri Luar ASEAN pada bulan ini sekali lagi mengiktiraf rangka ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China