Cari:
Gempa Bumi 6.6 Skala Richter Melanda Sumatera
2017-08-13 14:12:00 CRI Cetak

Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda kawasan perairan di barat provinsi Bengkulu, Pulau Sumatera, Indonesia pagi tadi. Setakat ini, tiada laporan tentang kematian, kecederaan dan kerugian harta benda.

Menurut laman sesawang Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia, gempa bumi berlaku pada pukul 10.08 pagi hari Ahad waktu tempatan, dan pusatnya terletak pada kedalaman 10 kilometer di kawasan perairan 71 kilometer dari barat daya kaunti Bengkulu, utara provinsi Bengkulu. Pihak berkuasa Indonesia tidak mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China