Cari:
Indonesia, EAEU Percepat Rundingan Perkongsian Ekonomi
2017-08-15 14:12:58 CRI Cetak

Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) baru-baru ini memulakan proses rundingan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif dengan Indonesia yang menyasarkan peningkatan perdagangan bilateral setahun kepada USD5 bilion (RM21 bilion) dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Menteri Perdagangan Indonesia, Enggartiasto Lukita yang baru melawat ke Rusia memaklumkan bahawa di samping mempercepat proses rundingan, Indonesia juga diminta meneliti draf memorandum persefahaman (MoU) yang dirangka oleh EAEU.

Indonesia berharap MoU tersebut dicapai pada hujung tahun ini dan perjanjian berkenaan dapat dibincangkan semasa lawatan Jawatankuasa EAEU ke Indonesia nanti untuk membolehkan pemeteraiannya pada tahun depan.

Pada tahun lalu, Vietnam telah memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan EAEU. India, China dan Singapura juga sedang berunding dengan kesatuan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China