Cari:
E-dagang Indonesia Berpotensi
2017-08-15 17:04:17 CRI Cetak

Jumlah transaksi e-dagang Indonesia mencatat USD5.6 bilion (RM24 bilion) pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan potensi besar industri e-dagang negara itu dalam pasaran Asia Tenggara.

Menurut Gabenor Bank Indonesia, Agus Martowardojo, pasaran e-dagang Indonesia tumbuh pesat seiring dengan perkembangan media sosial. Jakarta digelar "pusat Twitter" dengan jumlah pengguna yang besar.

Kini, terdapat kira-kira 27 juta pengguna Internet di Indonesia, yang majoritinya mengakses menggunakan telefon pintar. Transaksi e-dagang Indonesia mencatat pertumbuhan pada kadar 78%.

Agus berpendapat bahawa Indonesia masih perlu berusaha menambah baik perkhidmatan Internet dan kadar liputannya.

Beliau yakin, Internet dapat meningkatkan kecekapan dan nilai output ekonomi. Ekonomi digital akan membolehkan kadar pertumbuhan ekonomi Indonesia sepanjang tahun meningkat kepada 7%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China