Cari:
China, ASEAN Mampu Rangka Peraturan Serantau
2017-08-15 14:52:17 CRI Cetak

China dan negara-negara ASEAN mampu menangani perselisihan dengan baik, dan merangka peraturan serantau yang diikitraf bersama demi kedamaian dan kestabilan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam.

Delegasi China yang diketuai Menteri Luar, Wang Yi telah menghadiri siri mesyuarat kerjasama Asia Timur di Manila.

Hua berkata, saranan dalam tujuh perkara yang dikemukakan China pada Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN, termasuk menetapkan wawasan 2030 perkongsian strategik China-ASEAN, mendapat sambutan positif negara-negara ASEAN.

China dan ASEAN bersetuju mengambil peluang daripada ulang tahun ke-15 penjalinan perkongsian strategik China-ASEAN pada tahun depan untuk melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi, sekali gus membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih kukuh.

Siri mesyuarat kerjasama Asia Timur memperlihatkan hasrat negara-negara serantau untuk memperkasakan kerjasama demi pembangunan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China