Cari:
Polis Filipina Tembak Mati 21 Penjenayah Dadah
2017-08-16 11:32:09 CRI Cetak

21 penjenayah dadah ditembak mati dan 64 lagi ditangkap dalam 24 operasi polis Filipina di wilayah Bulacan, utara Manila pada malam 14 hingga malam 15 Ogos.

Menurut polis Bulacan, sindiket dadah terbabit berbalas tembakan dengan anggota polis dalam operasi tersebut, yang turut membawa kepada rampasan senjata api.

Sejak menjawat jawatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berikrar memerangi jenayah dadah. Dalam tempoh setahun lalu, polis Filipina telah menjalankan sebanyak 68 ribu operasi, dengan 96 ribu penjenayah ditahan dan lebih 3,000 lagi ditembak mati.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China