Cari:
Indonesia, Vietnam Perkasa Kerjasama Ekonomi
2017-08-16 15:53:35 CRI Cetak

Indonesia dan Vietnam mengadakan mesyuarat ke-7 Suruhanjaya Bersama Ekonomi dan Teknologi di Hanoi baru-baru ini

Kedua-dua pihak mencapai persepakatan untuk terus mengembangkan hubungan bilateral serta merancakkan perdagangan dan pelaburan dalam sektor pertanian, perikanan, tenaga, galian, kewangan dan pelancongan.

Menteri Perdagangan dan Industri Vietnam, Tran Tuan Anh menyatakan bahawa kedua-dua pihak bersetuju terus meningkatkan pertukaran lawatan di pelbagai peringkat, berkongsi maklumat dan pengalaman, serta meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang.

Menteri Perdagangan Indonesia, Enggartiasto Lukita pula menyatakan bahawa Indonesia dan Vietnam yang merupakan negara berpopulasi besar di ASEAN, memiliki potensi pasaran luas. Kedua-dua negara akan memperoleh lebih banyak faedah melalui kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China