Cari:
Laos Mahu Tingkat Kerjasama Penyiaran dengan China
2017-08-17 12:40:30 CRI Cetak

Laos mahu meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam bidang media, budaya dan pelancongan, khususnya kerjasama penyiaran program radio dan televisyen.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Maklumat, Kebudayaan dan Pelancongan Laos, Savankhone Razmountry dalam sidang media di Luang Prabang selepas bertemu Konsul Jeneral China, Li Baoguang, 15 Ogos lalu. Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat mengenai kerjasama tersebut antara China dengan enam wilayah di utara Laos.

Menurut Savankhone, perkongsian strategik komprehensif Laos-China berkembang pesat beberapa tahun ini, yang turut menggalakkan kerjasama dalam bidang media, budaya dan pelancongan. Ini penting bagi meningkatkan persefahaman dan persahabatan rakyat. Wilayah di utara patut memanfaatkan kelebihan dari segi geografi bagi meningkatkan kerjasama dengan provinsi Yunnan dan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China.

Beliau berharap kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama dalam latihan anggota media, penaiktarafan kemudahan media dan kerjasama penyiaran program berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China