Cari:
Latihan Tentera Bersama Thailand-AS Bermula
2017-08-17 15:49:18 CRI Cetak

Latihan ketenteraan bersama antara Thailand dan AS, Hanuman Guardian dilancarkan di wilayah Kanchanaburi, barat Thailand kelmarin.

Komander markas pertama tentera darat Thailand semasa upacara pelancaran memaklumkan, sesi tahun ini memfokuskan latihan untuk meningkatkan keupayaan bantuan kemanusiaan dan penyelarasan respons kecemasan pasca bencana, serta perkhidmatan perubatan, penyelenggaraan pesawat dan daya bertempur tentera darat.

725 askar Thailand dan 683 askar AS menyertai latihan tersebut, yang akan berakhir pada 25 Ogos nanti.

Ini merupakan tahun keenam berturut-turut kedua-dua negara mengadakan latihan Hanuman Guardian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China